POLISI PRIVASI
PENGENALAN KEPADA TERMA DAN SYARAT
Notis privasi ini ("Polisi") dikuatkuasakan kepada semua pengunaan aplikasi mobil, produk, perisian, perkhidmatan, laman web, penerbitan, langganan e-mel dan kandungannya, perkhidmatan lain, dan hubungan anda dengan kami (secara kolektif, "Perkhidmatan") yang dikendalikan oleh Gotrade Securities Inc. (“kami”). Apabila kami merujuk kepada Perkhidmatan, istilah Perkhidmatan juga merangkumi sebarang bahagian, aspek atau ciri perkhidmatan atau Perkhidmatan kami. Perkataan-perkataan seperti "anda" atau "milikan anda" merujuk kepada anda sebagai pengguna Perkhidmatan.
Kami tertakluk kepada syarat perlindungan data di bawah jurisdiksi-jurisdiksi yang syarikat-syarikat kumpulan Gotrade ditubuhkan, termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (sebagaimana dipinda) (“Undang-undang Terpakai”). Kami memandang serius privasi anda. Polisi ini bertujuan untuk memaklumkan anda tentang maklumat yang kami kumpulkan, cara kami menggunakannya, memproses, dan mendedah maklumat tersebut, dan hak anda berkenaan maklumat tersebut.
Disebabkan kepentingan Polisi ini, kami berharap anda meluangkan masa untuk membaca Polisi ini dengan teliti. Sekiranya terdapat syarat dalam Polisi ini yang anda tidak setuju, sila tamatkan penggunaan Perkhidmatan kami, dan kami berhak untuk tidak memberi anda akses kepada Perkhidmatan kami.
Anda berhak untuk memilih sama ada anda akan mengongsikan maklumat atau data peribadi anda kepada kami. Sekiranya anda memilih untuk tidak mengongsikan maklumat tersebut atau mengehadkan penggunaan maklumat anda daripada kami, anda bersetuju bahawa kami tidak dapat memproses maklumat tersebut dan ini boleh menjejaskan aplikasi anda dan/atau kemampuan kami untuk menubuhkan atau meneruskan Perkhidmatan kami kepada anda. Dengan membuat pilihan tersebut, anda mengakui bahawa kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang anda alami akibat pilihan anda sendiri.
Dengan menerima dan menyetujui polisi privasi ini, anda bersetuju bahawa kami boleh mengumpul, mengguna dan berkongsi maklumat anda bersesuaian dengan dasar Polisi Privasi ini, seperti yang disemak dari semasa ke semasa. Anda bersetuju untuk memberi keizinan supaya data peribadi anda dipindahkan dan diproseskan di Wilayah Persekutuan Labuan, Singapura dan Indonesia, serta di bidang kuasa lain di mana pihak ketiga yang dinyatakan dalam Seksyen 4 berada atau memproses data, termasuk Amerika Syarikat.
Polisi ini disediakan dalam kedua-dua versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, sekiranya terdapat ketidakselarasan atau perbezaan, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
JADUAL ISI KANDUNGAN
- 1. APAKAH MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL?
- 2. BAGAIMANAKAH KAMI MEMPROSES MAKLUMAT ANDA?
- 3. ADAKAH KAMI BERKONGSI MAKLUMAT ANDA DENGAN SESIAPA SAHAJA?
- 4. DENGAN PIHAK MANAKAH AKAN KAMI KONGSIKAN MAKLUMAT ANDA DAN DI MANAKAH MEREKA BERTEMPAT?
- 5. BERAPA LAMA AKAN KAMI MENYIMPAN MAKLUMAT ANDA?
- 6. BAGAIMANA KAMI MENJAGA KESELAMATAN MAKLUMAT ANDA?
- 7. APAKAH HAK PRIVASI ANDA?
- 8. ADAKAH KAMI MENGEMASKINI POLISI INI?
- 9. BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI BERKENAAN POLISI INI?
1. APAKAH MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL?
MAKLUMAT PERIBADI YANG ANDA MEMBEKAL KEPADA KAMI
Secara Ringkas: Kami mengumpulkan maklumat peribadi yang anda bekalkan kepada kami seperti nama, alamat, maklumat hubungan, nombor telefon, pekerjaan, aset dan pendapatan dan data keselamatan.
Kami mengumpulkan maklumat peribadi yang anda bekalkan secara sukarela kepada kami ketika anda mendaftar dengan Perkhidmatan kami dan ketika anda berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai kami atau produk dan perkhidmatan kami.
Pelaksanaan Usaha Wajar Pelanggan (“CDD”). Kami mengumpulkan maklumat berikut bertujuan untuk perlaksanaan usaha wajar pelanggan dan penyimpanan rekod pelanggan:
- (a)nama penuh;
- (b)alamat e-mel;
- (c)kewarganegaraan;
- (d)nombor telefon;
- (e)tarikh lahir;
- (f)status pekerjaan;
- (g)sumber kekayaan;
- (h)nama majikan;
- (i)alamat majikan;
- (j)pekerjaan;
- (k)nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (No. KP) atau nombor pasport atau nombor rujukan sebarang dokumen rasmi yang memaparkan foto anda;
- (l)foto dokumen yang dirujukkan di (k);
- (m)swafoto (selfie), yang kami bandingkan dengan foto dalam dokumen yang dirujuk di (k) menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk mengesahkan bahawa anda ialah orang yang dinamakan dalam dokumen tersebut;
- (n)alamat;
- (o)nombor pengenalan cukai;
- (p)kenalan yang dipercayai dan nama pertama, nama terakhir, alamat e-mel mereka; dan
- (q)dokumen sokongan lain yang berkaitan dengan maklumat di atas (seperti bukti alamat).
Maklumat yang dikumpul untuk pelaksanaan usaha wajar pelanggan dan penyimpanan rekod pelanggan di atas akan juga digunakan untuk tujuan lain seperti yang tertulis dalam Polisi Privasi ini.
Kecuali jika borang pembukaan akaun menandakan sesuatu butiran sebagai pilihan (seperti kenalan yang dipercayai), anda wajib memberikan maklumat yang disenaraikan di atas supaya kami dapat mengesahkan identiti anda dan memenuhi kewajipan undang-undang kami. Sekiranya anda tidak memberikannya, kami tidak dapat membuka akaun untuk anda atau terus menyediakan Perkhidmatan kepada anda.
Data peribadi sensitif. Perbandingan wajah yang diterangkan di (m) menggunakan data biometrik anda, iaitu data peribadi sensitif di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kami memprosesnya hanya untuk mengesahkan identiti anda dan mencegah penipuan, dan hanya dengan persetujuan nyata anda, yang kami minta sebelum anda mengambil swafoto anda.
Komunikasi bertulis. Kami mengumpul komunikasi bertulis antara anda dengan kami seperti ketika anda menghantar e-mel kepada kami atau apabila terdapat dokumen yang diberikan kepada kami sebelum dan selama hubungan perniagaan kami.
Maklumat lain. Kami mengumpul maklumat yang diperlukan untuk memberi Perkhidmatan kepada anda, termasuk kredential akaun seperti butir nama pengguna / nama paparan, butiran akaun bank dan pembayaran yang anda berikan untuk deposit dan pengeluaran, hantaran, komen dan maklumat profil yang anda terbitkan dalam ciri Komuniti kami, dan pengecam akaun dan alamat e-mel yang kami terima daripada Google atau Apple jika anda memilih untuk log masuk menggunakan akaun tersebut.
MAKLUMAT YANG DIKUMPUL SECARA AUTOMATIK MELALUI PERKHIDMATAN KAMI
Secara Ringkas: Maklumat tertentu - seperti maklumat mengenai sejarah transaksi anda, aktiviti akaun, peranti mudah alih, notifikasi ‘push’, alamat IP dan/atau ciri-ciri penyemak imbas dan peranti - dikumpulkan secara automatik semasa anda menggunakan Perkhidmatan kami.
Secara automatik, maklumat tertentu akan dikumpulkan semasa anda mengunjungi, menggunakan atau menavigasi Perkhidmatan. Maklumat ini mungkin merangkumi maklumat peranti dan penggunaan, seperti ID peranti mudah alih, model dan pengilang, maklumat versi, alamat IP, nama peranti, penyemak imbas dan ciri peranti, sistem operasi, pilihan bahasa, URL rujukan, negara, lokasi, maklumat tentang cara dan masa anda menggunakan Perkhidmatan kami dan maklumat teknikal lain. Maklumat ini diperlukan terutamanya untuk menjaga keselamatan dan operasi Perkhidmatan kami, dan untuk tujuan analisis dan pelaporan dalaman kami.
Kami mungkin meminta untuk mengirimkan notifikasi ‘push’ mengenai akaun atau aplikasi mudah alih anda. Sekiranya anda ingin memilih untuk tidak menerima komunikasi jenis ini, anda boleh mematikannya dalam tetapan peranti anda.
Seperti banyak perniagaan, kami juga mengumpulkan maklumat melalui ‘cookies’ dan teknologi serupa ("Cookies") (sama ada dipasang oleh kami atau pihak ketiga yang bekerjasama dengan kami). Anda mempunyai pilihan untuk membenarkan pemasangan Cookies tersebut atau kemudian mematikannya. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak memasangkan cookies, Perkhidmatan kami berkemungkinan tidak dapat beroperasi seperti yang dirancang.
MAKLUMAT YANG DIKUMPUL DARI SUMBER LAIN
Secara Ringkas: Kami mungkin mengumpulkan data terhad daripada pangkalan data awam, rakan pemasaran, dan sumber luar lain.
Kami mungkin memperoleh maklumat berkenaan anda daripada sumber lain, seperti pangkalan data awam, penyedia maklumat elektronik pelanggan (eKYC) dan juga dari pihak ketiga yang lain. Sebagai contoh, maklumat yang kami terima dari sumber lain termasuk: maklumat profil media sosial, petunjuk pemasaran dan hasil carian dan pautan, termasuk senarai berbayar (seperti pautan tajaan). Untuk memastikan ketepatan data, kami mungkin memerlukan pengesahan data yang anda berikan kepada kami dari semasa ke semasa.
2. BAGAIMANAKAH KAMI MEMPROSES MAKLUMAT ANDA?
Secara Ringkas: Kami memproses maklumat anda untuk tujuan kepentingan perniagaan yang sah, pemenuhan kontrak kami dengan anda, pematuhan terhadap kewajiban undang-undang kami, dan/atau dengan persetujuan anda.
Kami menggunakan maklumat peribadi yang dikumpulkan melalui Perkhidmatan kami untuk pelbagai tujuan perniagaan yang dijelaskan di bawah. Kami memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan ini berdasarkan kepentingan perniagaan kami yang sah, untuk menandatangani atau melaksanakan kontrak dengan anda, dengan persetujuan anda, dan/atau untuk mematuhi tanggungjawab undang-undang kami.
Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan atau terima untuk:
- mempermudah pembukaan akaun dan proses log masuk dalam menjalin hubungan perniagaan kami dengan anda;
- mengurus dan mengemas kini maklumat akaun untuk akaun anda dengan kami;
- mentadbir Perkhidmatan;
- penilaian risiko;
- penilaian terhadap penyerahan hak kontrak, pemindahan, dan/atau novasi hak dan/atau kewajiban kami yang sebenar atau yang dicadangkan;
- menjalankan tinjauan dan analisis kami sepertimana yang diperlukan untuk peningkatan perkhidmatan kami;
- menyelenggara dan melindungi pejabat, terminal, atau peralatan kami yang lain;
- meningkatkan pengalaman penggunaan anda dengan memperibadikan Perkhidmatan;
- menghantar komunikasi pemasaran dan promosi kepada anda. Kami dan/atau pihak ketiga rakan kongsi pemasaran kami mungkin menggunakan maklumat peribadi yang anda hantarkan kepada kami untuk tujuan pemasaran, jika ini sesuai dengan pilihan pemasaran anda. Anda boleh memilih untuk tidak menerima emel pemasaran kami pada bila-bila masa (lihat "APAKAH HAK PRIVASI ANDA" di bawah);
- menghantar maklumat pentadbiran kepada anda. Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan ciri baru dan/atau maklumat mengenai perubahan terma, syarat, dan polisi kami;
- menangani pertanyaan dan aduan yang dibuat oleh atau mengenai anda yang berkaitan dengan Aplikasi dan Laman Web;
- penghantaran maklumat pesanan kepada broker penjelasan kami;
- penghantaran maklumat arahan kepada penyedia pertukaran mata wang, pembayaran dan pengiriman wang kami;
- menyampaikan iklan tersasar kepada anda. Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk mengembangkan dan memaparkan kandungan dan iklan (dan bekerjasama dengan pihak ketiga yang melakukannya) yang disesuaikan dengan minat dan/atau lokasi anda dan untuk mengukur keberkesanannya;
- mentadbir pertandingan dan hadiah. Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk menguruskan pertandingan dan hadiah apabila anda memilih untuk menyertai pertandingan;
- meminta maklum balas. Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk meminta maklum balas dan menghubungi anda mengenai penggunaan Laman Web atau Aplikasi kami;
- tinjauan dan penyelidikan. Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk meminta pendapat dan/atau jawapan anda atau memprosesnya secara langsung untuk tujuan tinjauan dan penyelidikan;
- untuk melindungi Perkhidmatan kami. Kami mungkin menggunakan maklumat anda sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan Perkhidmatan kami sentiasa selamat dan terjamin (misalnya, untuk pemantauan dan pencegahan penipuan);
- menguatkuasakan terma, syarat dan polisi kami;
- membalas permintaan undang-undang dan mencegah kemudaratan. Sekiranya kami menerima sepina atau permintaan undang-undang lain, kami mungkin perlu memeriksa data yang kami simpan untuk menentukan cara bertindak balas; dan
- untuk tujuan perniagaan lain atau tujuan lain yang berkaitan dan sehubungan dengan mana-mana perkara di atas. Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk Tujuan Perniagaan lain, seperti analisis data, mengenal pasti trend penggunaan, menentukan keberkesanan kempen promosi kami dan untuk menilai dan menambah baik Perkhidmatan atau Aplikasi kami, produk, servis, pemasaran dan pengalaman anda.
3. ADAKAH KAMI BERKONGSI MAKLUMAT ANDA DENGAN SESIAPA SAHAJA?
Secara Ringkas: Kami hanya berkongsi maklumat dengan persetujuan anda, untuk mematuhi undang-undang, untuk melindungi hak anda, atau untuk memenuhi tanggungjawab perniagaan.
Kami mungkin memproses atau berkongsi data berdasarkan asas undang-undang berikut: -
- Persetujuan: Kami mungkin memproses data anda jika anda telah memberikan kami persetujuan khusus untuk menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan tertentu.
- Kepentingan yang sah: Sekiranya dibenarkan oleh Undang-undang Terpakai, kami mungkin memproses data anda apabila diperlukan untuk mencapai kepentingan perniagaan kami yang sah.
- Pelaksanaan Kontrak: Kami mungkin memproses maklumat peribadi anda untuk memenuhi syarat kontrak yang anda telah menandatangani dengan kami.
- Kewajiban Undang-undang: Kami mungkin mendedahkan maklumat anda di mana kami diwajibkan secara sah untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan, permintaan kerajaan, prosiding kehakiman, perintah mahkamah, atau proses undang-undang, seperti sebagai respons kepada perintah mahkamah atau sepina (termasuk respon kepada pihak berkuasa awam untuk memenuhi syarat keselamatan negara atau penguatkuasaan undang-undang).
- Perlindungan Hak dan Pencegahan Jenayah: Kami mungkin mendedahkan maklumat anda di mana kami yakin terdapatnya keperluan menyiasat, mencegah, atau mengambil tindakan mengenai potensi pelanggaran polisi kami, disyaki penipuan, situasi yang melibatkan ancaman (termasuknya ancaman yang hanya berkemungkinan) terhadap keselamatan seseorang dan aktiviti haram, atau sebagai bukti dalam litigasi di mana kami terlibat.
- Kami mungkin perlu memproses data atau berkongsi maklumat peribadi anda dalam situasi berikut:
- Kumpulan syarikat Gotrade. Kami mungkin berkongsi data anda dengan syarikat-syarikat yang berada dalam kumpulan Gotrade kerana sesetengah operasi adalah dipusatkan dalam kumpulan Gotrade.
- Penjual, Perunding dan Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga Lain. Kami mungkin berkongsi data anda dengan vendor pihak ketiga, penyedia perkhidmatan, kontraktor atau ejen yang melaksanakan perkhidmatan untuk kami atau bagi pihak kami dan memerlukan akses ke maklumat untuk melaksanakan kerja tersebut. Contohnya termasuk: pemprosesan dana, penyaluran pesanan, penjelasan, pelaksanaan, analisis data, penghantaran e-mel, perkhidmatan ‘hosting’, perkhidmatan pelanggan dan usaha pemasaran.
Kami mungkin membenarkan pihak ketiga terpilih untuk menggunakan teknologi penjejakan kepada Perkhidmatan kami, yang akan membolehkan mereka mengumpulkan data mengenai cara anda berinteraksi dengan Perkhidmatan kami dari masa ke masa. Maklumat ini mungkin digunakan, antara tindakan lain, menganalisis dan mengesan data, menentukan populariti kandungan tertentu dan memahami lebih tentang aktiviti online. Kecuali dinyatakan dalam Polisi ini, kami tidak akan berkongsi, menjual, menyewa atau memperdagangkan maklumat anda dengan pihak ketiga untuk tujuan promosi mereka. Pihak ketiga ini mungkin memiliki polisi privasi mereka sendiri yang ditetapkan, anda dinasihatkan untuk membiasakan diri dengan polisi privasi mereka.
- Pemindahan Perniagaan. Kami mungkin berkongsi atau memindahkan maklumat anda sehubungan dengan, atau semasa rundingan, sebarang penggabungan, penjualan aset syarikat, pembiayaan, atau pemerolehan semua atau sebahagian daripada perniagaan kami kepada syarikat lain.
- Rakan Perniagaan. Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan rakan perniagaan kami untuk menawarkan produk, perkhidmatan atau promosi yang tertentu kepada anda.
4. DENGAN PIHAK MANAKAH AKAN KAMI KONGSIKAN MAKLUMAT ANDA DAN DI MANAKAH MEREKA BERTEMPAT?
Secara ringkas: Kami hanya berkongsi maklumat dengan sekutu kami dan pihak ketiga berikut, yang mungkin berada di negara-negara di luar bidang kuasa tempat kami diperbadankan.
Kami berkongsi dan mendedahkan maklumat anda kepada jabatan-jabatan dalam Gotrade Securities Inc., sekutu kami, dan pihak ketiga berikut (termasuk syarikat yang berada dalam kumpulan mereka masing-masing). Kami telah mengkategorikan setiap pihak supaya anda dapat memahami secara mudah tujuan amalan pengumpulan dan pemprosesan data kami. Sekiranya kami telah memproses data berdasarkan persetujuan anda dan anda ingin membatalkan persetujuan, sila hubungi kami. Senarai ini dan sebarang rujukan kepada pihak tertentu tidak lengkap dan kami akan berusaha untuk mengemas kini senarai ini secepat mungkin. Penyedia perkhidmatan kami memproses data peribadi terutamanya di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat, dan sesetengah penyedia perkhidmatan awan, komunikasi dan analitik mungkin juga memproses data di negara lain di mana mereka beroperasi.
- Berkomunikasi dan Berbual dengan Pengguna: Firebase Cloud Messaging, OneSignal, Amazon Web Services (Simple Email Service), Mailgun, Twilio dan Intercom
- Pengehosan, Penyimpanan dan Infrastruktur: Alibaba Cloud (Indonesia), Amazon Web Services dan Cloudflare
- Pengesahan Identiti dan Pencegahan Penipuan: Amazon Web Services (Textract dan Rekognition), Google (Gemini API) dan perkhidmatan carian alamat IP (IPinfo, ipapi, ipstack dan ipregistry)
- Perkhidmatan Kecerdasan Buatan yang digunakan untuk mengendalikan ciri Perkhidmatan (seperti menyederhanakan hantaran Komuniti dan meringkaskan maklum balas): Alibaba Cloud Model Studio
- Platform Penyasaran Semula: Meta (Facebook dan Instagram) Custom Audiences dan pemasaran semula, Pemasaran Semula Google Ads, Pemasaran Semula Google Analytics, TikTok dan X (dahulunya Twitter)
- Perkongsian dan Pengiklanan Media Sosial: Pengiklanan Meta (Facebook dan Instagram), Google Ads, pengiklanan TikTok dan pengiklanan X (dahulunya Twitter), ‘native sharing’ di telefon iOS atau Android anda
- Analisis Web dan Mudah Alih serta Atribusi: penjejakan penukaran Meta, Google Ads, TikTok dan X, Google Analytics, Google Analytics untuk Firebase, Google Tag Manager, Segment, Adjust dan Microsoft Clarity
- Pemantauan Prestasi dan Ralat Aplikasi: Firebase Crashlytics, Firebase Performance Monitoring, Sentry dan Papertrail
- Pengujian Aplikasi: TestFlight dan Google Play Console
- Carian Alamat dan Log Masuk: Google Maps Platform (Places), Google Sign-In dan Sign in with Apple
- Pembayaran, Pertukaran Mata Wang dan Pengiriman Wang (deposit, pengeluaran dan penukaran mata wang): Finmo Tech Pte. Ltd. (Singapura), bersama bank dan rangkaian pembayaran yang digunakannya untuk menerima dan menghantar dana anda
- Kustodi, Penjelasan & Pelaksanaan: Alpaca Securities, LLC (Amerika Syarikat)
Dalam menggunakan mana-mana Perkhidmatan Pihak Ketiga yang tersedia melalui Aplikasi, anda mungkin diminta untuk bersetuju dan mematuhi Terma Perkhidmatan, Polisi Privasi, atau terma dan syarat yang lain dari penyedia perkhidmatan pihak ketiga dan rakan broker kami. Kami tidak menerima tanggungjawab atau liabiliti untuk polisi ini. Penerimaan atau persetujuan anda terhadap Polisi Privasi ini tidak merangkumi penerimaan atau persetujuan anda terhadap polisi privasi yang lain.
Kami juga mungkin mendedahkan maklumat anda kepada:
- juruaudit, peguam, penasihat, akauntan, ejen, atau wakil lain yang mempunyai tanggungjawab kerahsiaan dengan kami;
- mana-mana pihak berkuasa, kerajaan atau yang lain;
- mana-mana agensi pencegahan penipuan;
- sebarang sistem maklumat rujukan kredit pusat;
- sesiapa yang diberi kuasa lain berdasarkan undang-undang dalam bidang kuasa yang berkenaan dengan kami.
Dengan berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga tersebut, anda juga telah bersetuju untuk membenarkan data peribadi anda dipindahkan dari Labuan ke bidang kuasa lain seperti yang dinyatakan di atas.
5. BERAPA LAMA AKAN KAMI MENYIMPAN MAKLUMAT ANDA?
Secara Ringkas: Kami menyimpan maklumat anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang digariskan dalam polisi privasi ini melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang.
Kami hanya akan menyimpan maklumat peribadi anda selama diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan dalam polisi privasi ini melainkan jika tempoh penyimpanan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang (seperti cukai, perakaunan atau keperluan undang-undang lain). Tiada tujuan dalam polisi ini, selain daripada tujuan yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang, yang menghendaki kami menyimpan maklumat peribadi anda selama lebih dari 7 tahun setelah penamatan akaun pengguna atau lebih lama, di mana terdapat prosiding undang-undang yang belum selesai. Jika kami tidak mempunyai sebab perniagaan yang sah untuk memproses maklumat peribadi anda, kami akan menghapusnya atau menganonimkannya, atau, jika ini tidak berkemungkinan (misalnya, kerana maklumat peribadi anda telah disimpan dalam arkib sandaran), maka kami akan menyimpan dengan selamat maklumat peribadi anda dan mengasingkannya dari sebarang proses sehingga penghapusan boleh dilakukan.
6. BAGAIMANA KAMI MENJAGA KESELAMATAN MAKLUMAT ANDA?
Secara Ringkas: Kami bertujuan untuk melindungi maklumat peribadi anda melalui sistem langkah-langkah keselamatan organisasi dan teknikal.
Kami bersetuju bahawa kami:
- hanya akan memproses maklumat anda mengikut arahan yang anda berikan dan mengikut Undang-Undang Terpakai;
- akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dari segi pengurusan dan perkhidmatan teknikal untuk melindungi maklumat anda dari (i) sebarang pemprosesan atau penggunaan tanpa kebenaran atau (ii) kehilangan atau kemusnahan yang disebabkan oleh kecuaian kami;
- tidak akan menyimpan maklumat anda lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi tujuan sah yang dibenarkan oleh undang-undang.
Kami telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang bersesuaian untuk melindungi keselamatan setiap maklumat peribadi yang kami proses. Namun, sila ambil perhatian bahawa kami tidak dapat menjamin penghantaran maklumat melalui internet itu sendiri 100% selamat. Walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi maklumat peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan maklumat yang dihantar ke perkhidmatan kami. Penghantaran maklumat peribadi ke dan dari Perkhidmatan kami adalah atas risiko anda sendiri dan kami tidak memikul tanggungjawab untuk penghantaran maklumat anda. Anda patut mengakses Perkhidmatan kami dalam persekitaran yang selamat.
Sekiranya berlaku pelanggaran data peribadi, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia sekiranya dikehendaki oleh undang-undang. Sekiranya pelanggaran tersebut menyebabkan atau mungkin menyebabkan kemudaratan yang ketara kepada anda, kami juga akan memaklumkan anda melalui maklumat hubungan yang anda berikan atau melalui Perkhidmatan, tanpa kelewatan yang tidak wajar dan dalam apa jua keadaan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Undang-undang Terpakai (pada masa ini tidak lewat daripada tujuh hari selepas kami memaklumkan Pesuruhjaya).
7. APAKAH HAK PRIVASI ANDA?
Secara Ringkas: Anda boleh menyemak, mengubah, atau menamatkan akaun anda pada bila-bila masa.
Maklumat Akaun
Sekiranya anda pada bila-bila masa ingin menyemak atau mengubah maklumat dalam akaun anda atau menamatkan akaun anda, anda boleh:
- Daftar masuk ke Perkhidmatan, arahkan ke Profil dan kemas kini atau semak semula akaun pengguna anda dan maklumat lain yang berkaitan dengan akaun anda atau untuk menghapus data anda. Atas permintaan anda untuk menamatkan akaun, kami akan menyahaktifkan atau menghapus akaun dan maklumat anda dari pangkalan data aktif kami. Walau bagaimanapun, beberapa maklumat mungkin disimpan dalam fail kami untuk mencegah penipuan, masalah troubleshoot, membantu sebarang siasatan, menguatkuasakan Syarat Penggunaan kami dan/atau mematuhi syarat undang-undang.
Akses, pembetulan dan kebolehpindahan data
- Tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, anda boleh meminta akses kepada atau pembetulan data peribadi yang kami simpan mengenai anda, menarik balik persetujuan anda, atau meminta kami menghantar data peribadi anda kepada organisasi lain sekiranya ini boleh dilaksanakan dari segi teknikal dan format data adalah serasi. Sila hantar permintaan anda kepada legal@tr8.io. Kami akan menjawab permintaan akses atau pembetulan dalam tempoh 21 hari dari tarikh permintaan diterima. Kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda dan boleh mengenakan fi sekiranya dibenarkan oleh undang-undang.
Pilihan keluar daripada e-mel pemasaran
- Anda boleh tarik diri daripada pelangganan senarai e-mel pemasaran kami pada bila-bila masa dengan mengklik pautan tarik diri pelangganan dalam e-mel yang kami kirimkan atau dengan menghubungi kami melalui maklumat yang disediakan di bawah. Anda kemudian akan dikeluarkan dari senarai e-mel pemasaran - namun, kami masih perlu menghantar e-mel transaksi yang diperlukan untuk pentadbiran dan penggunaan akaun anda (misalnya, Pengesahan pesanan).
Pilihan keluar daripada pengiklanan tersasar
- Anda boleh menarik diri daripada penjejakan tingkah laku dan/atau pengiklanan berasaskan minat. Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk "menarik diri" daripada pengiklanan yang disasarkan, anda masih akan melihat iklan atas sebab lain seperti umur, jantina dan iklan daripada pihak ketiga yang tidak dihantar oleh kami tetapi melalui aktiviti mudah alih / web anda. Selain itu, menarik diri daripada penjejakan tingkah laku dan/atau pengiklanan berdasarkan minat pada satu peranti atau penyemak imbas hanya boleh berkesan pada peranti atau penyemak imbas tertentu itu sahaja. Untuk menarik diri daripada penjejakan pada peranti atau penyemak imbas lain, anda mesti menarik diri daripada peranti atau penyemak imbas lain tersebut.
- Kami juga bekerjasama dengan pihak ketiga yang merupakan ahli persatuan kawal selia sendiri seperti Inisiatif Pengiklanan Rangkaian (NAI), Perikatan Pengiklanan Digital (DAA) atau Perikatan Pengiklanan Digital Interaktif Eropah (EDAA). Anda mungkin ingin menggunakan alat pilih keluar yang ditawarkan oleh persatuan ini, beberapa daripadanya dipautkan di sini: halaman pilih keluar NAI, halaman pilih keluar DAA, halaman pilih keluar EDAA.
Pelanggaran prinsip-prinsip
- Sekiranya anda mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa kami telah melanggar prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Polisi ini, kami menggesa anda untuk menghubungi kami. Anda boleh menghantar e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data kami di legal@tr8.io, atau pasukan sokongan kami di support@heygotrade.com, dengan kebimbangan anda. Setelah menerima e-mel tersebut, anda akan menerima respons daripada kami dalam masa 21 hari. Sekiranya kami mendapati bahawa aduan itu mempunyai justifikasi, kami akan menyelesaikan isu tersebut. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan respons kami, anda juga boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia.
8. ADAKAH KAMI MENGEMASKINI POLISI INI?
Secara Ringkas: Ya, kami akan mengemas kini polisi ini jika diperlukan untuk mematuhi undang-undang yang berkaitan.
Kami berhak mengubah Polisi ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami. Sebarang perubahan pada Polisi ini akan berkuatkuasa apabila kami menyiarkannya ke Perkhidmatan kami. Sekiranya kami mengubah Polisi ini, kami akan berusaha untuk memberikan anda notis dengan menyiarkan notis di Perkhidmatan dan/atau memberitahu anda melalui e-mel. Sekiranya sesuatu perubahan menjejaskan secara material cara kami menggunakan data peribadi anda, kami akan memaklumkan anda sebelum ia berkuat kuasa dan, jika dikehendaki oleh Undang-undang Terpakai, meminta persetujuan anda sekali lagi. Penggunaan berterusan anda dalam Perkhidmatan setelah kami menyiarkan Polisi yang diubah ke Perkhidmatan ini merupakan persetujuan anda terhadap Polisi yang diubah.
9. BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI BERKENAAN POLISI INI?
Anda boleh menghantar e-mel kepada support@heygotrade.com. Anda juga boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di legal@tr8.io.
V07 OKTOBER 2026

